Wednesday 28 May 2014

Amazing Fact


Anda suka makan ketam? 
Jom ketahui beberapa fakta menarik tentang ketam.

Berbanding ketam yang biasa kita temui, pernahkan anda bayangkan terdapat ketam dewasa yang sangat kecil.

Ketam Pea adalah ketam terkecil di dunia. Mereka hidup dan makan di dalam cengkerang tiram, kekapis dan kupang. Beberapa ketam ini hanya mempunyai cengkerang sepanjang 6.3 mm (0.25 inci) iaitu kira-kira sebesar saiz sebiji kacang pea.




Ketam Lelabah Jepun pula merupakan Antropod terbesar di dunia. Ia mempunyai span kaki terbesar, mencapai sehingga 3.8 meter dan berat sehingga 19 kilogram. Ia boleh ditemui di dasar laut di Lautan Pasifik seluruh Jepun. Nelayan sukar menangkap ketam gergasi ini kerana habitatnya yang terlalu dalam, maka spesis ini tidak dieksploitasi secara komersial. Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai makanan istimewa yang jarang ditemui di Asia.


Ini pula Ketam Kelapa, ketam darat yang terbesar di dunia. Berat setiap seekor boleh mencapai kira-kira 5-9 kilogram. Kuat dan tangkas, ia mempunyai kebolehan memanjat pokok kelapa, mengupas kulit buah kelapa dan memecahkan tempurung kelapa untuk memakan isinya.

Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini boleh dimakan dan rasanya memang lazat.





You can Follow us on 


                                       thelittlescientists               @Lil_Scientists 

                                        LittleScientistSVideo       Little Scientists


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...